Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW katanya: ‘Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?’ tanya Aisyah ra. ‘Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku! ‘Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa’alib. Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!‘ Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: ‘Hai Muhammad!’ Malaikat itu lalu mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril AS tadi. ‘Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun niscaya aku akan lakukan!’ ‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !’, demikian jawab Nabi SAW.
Musa bin Uqbah menyebut di dalam kitab ‘Al-Maghazi’ dari Ibnu Syihab katanya, bahwa Rasulullah SAW apabila pamannya, Abu Thalib, meninggal dia keluar menuju ke Tha’if dengan harapan agar penduduknya akan melindunginya di sana. Maka beliau menemui tiga pemuka Tsaqif, dan mereka itu bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas’ud dari Bani Amru. Beliau menawarkan mereka untuk melindunginya serta mengadukan halnya dan apa yang dibuat oleh kaumnya terhadap dirinya sesudah kematian Abu Thalib itu, namun bukan saja mereka menolakbeliau, tetapi mereka menghalaunya dan memperlakukan apa yang tidak sewajarnya.
(Fathul Bari 6:198 – dari sumber Ibnu Ishak, Shahjh Bukhari 1:458, dan berita ini dikeluarkan juga oleh Muslim dan Nasa’i).
Abu Nu’aim memberitakan dengan lebih lengkapl dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha’if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Kbubaib dan Mas’ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku hendak mencuri kelambu Ka’bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?! Yang lain pula berkata: Demi Allah, aku tidak dapat berkatakata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, niscaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?! Dan yang terakhir pula berkata: Apakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau? Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada RasuluUah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek beliau dengan kata-kata itu.
Kemudian ketika beliau hendak pergi meninggalkan Tha’if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar beliau, setiap beliau melangkahkan kakinya batu-batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka-luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, beliau terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha’if itu.
Tidak lama kemudian terlihatlah Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabi’ah yang baru sampai di situ. Beliau enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Niniva (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca ‘Bismillah!’ Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.
‘Siapa namamu?’ tanya Nabi SAW ‘Addas!’ ‘Dari mana engkau?’ tanya beliau lagi. ‘Dari negeri Niniva!’ jawab Addas. ‘Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!’ Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. ‘Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!’ Addas keheranan. ‘Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,’ jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.
Melihat kelakuan Addas yang terakhir ini, Utbah dan Syaibah semakin heran apa yang dibuat sang hamba itu. Apabila kembali Addas kepada mereka, mereka lalu bertanya: ‘Addas! Mari ke mari!’ panggil mereka. Addas datang kepada tuannya menunggu jika ada perintah yang akan disuruhnya. ‘Apa yang engkau lakukan kepada orang itu tadi?’ ‘Tidak ada apa-apa!’ jawab Addas. ‘Kami lihat engkau menundukkan kepalamu kepadanya, lalu engkau menciurn kedua belah kakinya, padahal kami belum pemah melihatmu berbuat seperti itu kepada orang lain?!’ Addas mendiamkan diri saja, tidak menjawab. ‘Kenapa diam? Coba beritahu kami, kami ingin tahu?’ pinta Utbah dan Syaibah. ‘Orang itu adalah orang yang baik, dia menceritakan kepadaku tentang seorang Utusan Allah atau Nabi yang diutus kepada kaum kami, ‘jawab Addas. ‘Siapa namanya Nabi itu?’ ‘Yunus bin Matta’ jawab Addas lagi. ‘Lalu?’ ‘Dia katakan, dia juga Nabi yang diutus!’Addas berkata jujur. ‘Dia Nabi?!’ Utbah dan Syaibah tertawa terbahak-bahak, sedang Addas mendiamkan diri melihatkan sikap orang yang mengingkari kebenaran Allah. ‘Eh, engkau bukankah kristen?’ ‘Benar,’jawab Addas. ‘Tetaplah saja dalam kristenmu itu! Jangan tertipu oleh perkataan orang itu!’ Utbah dan Syaibah mengingatkan Addas. ‘Dia itu seorang penipu, tahu tidak?!’ Addas terus mendiamkan dirinya . Sesudah itu, Rasuluilah SAW kembali ke Makkah dengan hati yang kecewa sekali.
Ada
dua kumpulan sumber perundangan Islam. iaitu :
- Sumber-sumber asas
- Al Quranul Karim
- As Sunnatun Nabawiyah
- Sumber-Sumber tafsiran.
- Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu
- Al Ijma'
- Al Qiyas
- Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu :
- Al Istihsan
- Al Masolehul Mursalah
- Al 'urf
- Syariat yang terdahulu
- Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w.
- Al istishab
- Az Zara-i'
Dalil
sumber-sumber asas
Di
antara dalil mengenai sumber-sumber asas tersebut adalah sebagai berikut :
- [Surat An Nisa' : 59]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ
تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
|
"Wahai
orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan ulil amri di antara
kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka hendaklah
kamu kembalikannya kepada Allah ( Al Quran ) dan Rasul (Sunnah); jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian itu lebih
utama (bagimu) dan lebih baik bagi akibatnya."
|
- [Surat
Al hasry:7]
مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى
رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى
وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء
مِنكُمْ
وَمَا آتَاكُمُ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ
اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
|
"Dan
apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia. Dan apa yang terlarang
bagimu maka tinggalkanlah ; dan bertaqwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah
amat keras hukumannya."
|
- "Ku lihat untuk dua perkara, tidaklah kamu alan tersesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya; iaitu kitabullah dan sunnahnya (rasulnya)." [Al-Hadith]
Maksud
Al-Quran
Al-Quran
ialah : 'Kalamullah yang merupakan mu'jizat, yang diwahyukan kepada Rasulnya
Muhammad S.A.W yang dimaktubkn ke dalam mushaf, yang dipindahkan secara
mutawatir kepada seluruh manusia dengan lafaz serta makna melalui bahasa 'Arab
dan pembacaan dijadikan 'ibadah'.
Huraian
Ringkas
Diantara
perkara perkara yang penting yang diperolehi daripada maksud Al Quran tadi
ialah :
- Al-Quran ialah kalamullah kepada Rasulnya Muhammad S.A.W.
- Al-Quran ialah kalamullah yang dimaktubkan ke dalam mushaf melalui bahasa 'Arab. Sebarang bentuk penafsiran dan perterjemahan walau dalam apa jua bahasa bukanlah Al-Quran,
- Al-Quran ial;ah yang dijadikan ibadah bila dibaca.
- Al-Quran adalah suatu mu'jizat yang tidak dapat ditiru dan dicabar oleh mana-mana jua kuasa yang terdahulu mahupun yang kemudian.
Peringkat
Al-Quran diturunkan
Ada
tiga peringkat Al-Quran diturunkan, iaitu :
- Dari Allah S.W.T ke Lauhil Mahfuz. Peringkat ini Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.
- Dari lauhil mahfuz ke Baitil 'Izzah. Peringkat ini juga Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.
- Dari Baitil 'Izzah kepada Rasulullah yang bermula pada 17 Ramadhan ketika baginda berada dalam gua Hira.Pada peringkat ini Al-quran diturunkan sedikit -sedikit selama 22 tahun 2 bulab 22 hari. Di antara hikmah diturunkan begitu ialah;
- Agar mudah dimergertikan dan dilaksanakan oleh manusia ketika itu.
- Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang berlaku
- Untuk memudahkan penghafalan
- Untuk menatapkan hati Rasulullah S.A.W
Keadaan
Rasullulah ketika menerima wahyu
Ada
bermacam keadaan Rasulullah menerima wahyu. Antaranya :
- Malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hati baginda. Keadaan begini, Rasulullah tidak melihat suatu apapun. Baginda hanya terus merasakan bahawa wahyu itu telahpun berada dalam hatinya.
- Malaikat menampakkan dirinya dalam bentuk yang asal di hadapan Rasulullah.
- Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki dan mengucapkan wahyu kepada Rasulullah sehingga baginda mengetahui, memahami dan menghafaznya.
- Wahyu disampaikan bagai gemercingan loceng. Keadaan beginilah yang paling berat dirasakan baginda, sehingga keningnya berpeluh kasar walaupun dimusin dingin. Kadangkala baginda merasai ditimpa gering yang tersangatan. Dan kadang kala unta yang sedang dinaikinya terpaksa berhenti dan duduk kerana turut merasakan beratnya.
Pembahagian
dan Perbedaan
Ayat
ayat suci Al-Quran
Ada
dua kumpulan ayat-ayat surah-surah Al-Quran, iaitu :
- Makkiyah :Ayat ayat yang diturunkan semasa baginda belum berhijrah ke Madinah.
- Madaniyah : Ayat-ayat yang diturunkan semasa baginda telah berpindah ke Madinah.
Perbedaan
antara kedua kumpulan tersebut amat sukar dikesani secara sambil lalu saja.
Namun, panduan berikut adalah diantara cara mengenalinya :
- Ayat ayat Makkiyah selalunya pendek pendek. Manakala ayat Madaniyah biasanya panjang-panjang.
- Ayat Makkiyah umunnya mengenai aqiqah, akhlaq, kesan kesan umat yang terdahulu dan ancaman dosa serta ganjaran pahala.
- Ungkapan bahasa Makkiyah kadangkala terdapat rangkaiankata 'Ya aiyuhannas' dan ' Ya bani Adam'. manakala ayat Madaniyah sering disertai ungkapan 'Ya aiyuhalazina ammanu' dan tidak 'Ya aiyu hannas' kecuali dalam tujuh ayat sahaja, iaitu :
- Dua ayat dalam Al-Baqarah ( ayat : 21 dan 168)
- Empat ayat dalam An-Nisak (ayat : 1, 133, 170 dan 174)
- Satu ayat dalam Al-Hujarat (ayat : 13 ).
- Setiap surah yang ada sajdah adlah Makkiyah, kecuali yang dalam surah Al-Hajj.
- Setiap surah yang ada disebutkan adalah Makkiyah.
Penulisan
dan pengumpulan Ayat-Ayat Al-Quran .
Semasa
hayat Rasulullah, ayat ayat Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf
seperti hari ini. Sungguhpun begitu, ianya dipelihara melalui :
- Hafalan Rasulullah S.A.W.
- Hafalan para sahabat.
- Catatan para penulis diatas kepingan batu, kekulit binatang, keketulan tulang dan pelepah tamar.
Diantara
penulis penulis itu ialah :
- 'Ali bin Abi Tolib.
- Uthman al Afan.
- Zaid bin Thabit.
Pengumpulan
peringkat pertama
Pengumpulan
kali pertama dibuat pada zaman Khalifah Abu Bakar ra, iaitu hasil cadangan dari
Sy. Omar ra. Ini disebabkan ramainya para huffaz yang terkorban dalam
peperangan Yamamah. Menurut riwayat, tidak kurang dari 70 huffaz yang
terbunuh.Orang yang ditugaskan untuk mengumpulkan ayat ayat Al-Quran itu ialah
Zaid b. Thabit. Setelah selesai pengumpulannya, lalu diikat dengan benang dan
diserahkan kepada Sy. Abu bakar r.a untuk dijaga. Mushaf pertama dipelihara
oleh Sy. Abu BAkar hingga wafatnya. Kemudian kepada jagaan Sy.Omar dan pabila
beliau wafat ia berpindah kepada jagaan puterinya Hafsah (isteri Rasulullah)
Pengumpulan
peringkat kedua
Dimasa
pemarintahan Osman b Affan, berlaku perselisihan dalam cara pembacaan Al-quran
dikalangan orang Islam dinegeri Syam dan Iraq .Orang pertama yang mengambil
perhatian itu ialah sahabat Huzaifah Al-Yaman, Beliau telah mencadangkan agar
mushaf yang ada pada Sydt. Hafsah itu dipinjamkan dan disalin hingga beberapa
naskah dan kemudian dihantar kesetiap ibu negeri wilayah Islam ketika itu. Lalu
Sy. Osman memerintahkan perlaksanaannya kepada :
- Zaid ibnu Thabit r.a
- Abdullah ibnu Zubair r.a
- Sa'id bin 'Ash r.a
- Abdur Rahman B. Harith r.a.
Pengumpulan
kali ini memakan masa sekira enam tahun, iaitu antara tahun 24-30 hijrah
(650-655 M). Bila selesai penyalinan dan pengumpulannya maka empat naskah
dikirimkan ke Mekah,Syria, Bashrah dan Kufah. Manakala senaskah diserahkan
kepada Sy. Osman sebagai jagaan, panduan danrujukan. Inilah yang dikenali
sebagai Mushaful Iman. Selepas dari tarikh itu semua naskah persendirian dibakar
untuk mengelakkan dari perselisihan.
Naskah
Mushaful Iman adalah dijaga oleh Sy. Osman dan sepenuhnya hingga sewaktu
sewaktu beliau dibunuh darahnya mengalir / menbasahi ayat yang sedang
dibacanya:
(
Al-Baqarah : 137)
فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ
مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
|
Menurut
ahli sejarah bahawa naskah ini berpindah kepada raja-raja bani Umawiyah,
kemudian ke andalus, ke Masjid Jame' Cordova. ke Fez (ibu negeri Moroko), Ke
Bashra dan ke Tiberiz. Khabarnya dalam tahun 1904 orang-orang Islam di Rusia
pernah menemui naskah tersebut dalam longgokan buku-buku Islam dari Bukhara.
Ada juga yang mendakwa, bahawa ianya tetap berada di salah sebuah perpustakaan
di India.
Pemeliharaan
ayat ayat Al-quran.
Sungguhpun
ayat ayat Al-Quran dikumpulkan sedemikian cara, tetapiianya tetap tulin dan
asli. Sebarang usaha pemalsuannya tetap diketahui oleh orang orang Islam,
kerana ianya;
- Dipelihara oleh para huffaz yang ramai bilangannya didunia ini.
- Mu'jizat yang tidak dapat ditiru, diroboh dan dicabar oleh sesi apa, apa-apa, dimana dan bila bila juapun.
- Dibawah pemeliharaan yang Empunya, iaitu Allah S.W.T
(Al
Hijr : 9)
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا
الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
|
Kandungan
Al-Quran
Al-quran
adalah sumber pertunjuk bagi seluruh manusia untuk semua bidang kehidupan dan
keperluan mereka. Samada untuk hidup didunia ini atau bekalan akhirat kelak.
Maka itulah Al-quran mengandungi serbanika pengajaran dan pelajaran melalui
sejarah lampau , peristiwa semasa dan keadaan akan berlaku. Al-Quran juga
mengandungi berita baik, ancaman dosa, tawaran pahala, sindiran, kutukan dan
sebagainya. Bila dilihat dari sudut ilmu pula, Al-Quran mengandungi berbagai
prinsip ilmu; samada yang telah diketahui manusia mahupun yang belum pernah
diketahui.
Sebagai
contoh mengenai prinsip-prinsip ilmu :
- Ilmu jiwa : Diantara firman Allah mengenainya :
"Demi
bumi Kami bentangkan apa yang menyempurnakannya, maka diilhamkan Allah
kepadanya (jalan ) yang salah dan yang benar. Sesungguhnya beruntunglah orang
yang membersihkan (jiwa)nya dan rugilah orang yang mengotorinya."
(
Asy Yams : 7-10)
- Ilmu bumi dan ilmu alam, diantara firmannya ialah :
"Dan
bumi Kami bentangkan dan Kami letakkan diatasnya gunung gunung dan Kami tumbuhkan
diatasnya segala macam (tanaman ) yang indah permai."
(Qaaf
: 7-8)
"Dan
Kami jadikan antara mereka dengan negeri yang Kami berkati padanya, iaitu
beberapa kota yang mudah kelihatannya, dan kami buatkan disana (batas batas)
perjalanan."
(Sabak
: 18)
- Ilmu haiwan : , diantara firman-Nya ialah:
"Dan
sesungguhnya bagi kamu tentang kehidupan haiwan ternak itu menjadi pelajaran.
Kami beri minum kamu dengan apa yang ada dalam perutnya, diantara tahi dan
darah ; dan didapati susu yang bersih dan sedap bagi mereka yang meminumnya
."
(An
Nahl : 66)
- Ilmu tumbuh tumbuhan : diantara firman-Nya :
(Yaasin
: 38-40)
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ
الْعَلِيم
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ
سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
|
"Dan
diatas bumi ini terdapat beberapa bahagian (negeri) yang berdekatan, kebun
anggur, tanam tanaman dan pohon korma yang berumpun dan tidak berumpun,
disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buahnya dari yang lain.
Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda tanda (kekuasaan) Allah bagi
kaum yang berfikir."
|
Bidang
hukum dalam Al-Quran
Dari
sudut hukum yang berhubung dengan perlakuan manusia, Al-Quran mengandungi tiga
kumpulan hukum yang terpenting:
·
Kumpulan
I : Hukum-hukum Aqidah
·
Kumpulan
II : Hukum-hukum Akhlaq dan
·
Kumpulan
III : Hukum -hukum 'Amaliyah yang merangkumi :
o 'Ibadat -
ibadat Khassoh dan
o Mu'amalat
yang mencakupi pelbagai jenis :-
§ Hukum
hukum kekeluargaan
§ Hukum
hukum keharataan dan ekonomi
§ Hukum
hukum acara dan keadilan
§ Hukum
hukum jenayah
§ Hukum
hukum kenegaraan dan pentadbiran
§ Hukum
hukum politik dan hal semasa antarabangsa
§ Hukum
hukum yang lain-lainnya.
Jenis
jenis lafaz dan nas Al-Quran
Lafaz
dan nas Al Quran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis yang dipandang dari
beberapa sudut tertentu. Antaranya :
·
Sudut
kandungan makna
·
Sudut
kandungan hukum
Dari
sudut kekuatan hukum
Dari
sudut ini, lafaz Al-Quran terbahagi kepada dua:
·
Qath'ie
: Nas yang menunjukkan ke atas satu makna tertentu yang difahami dan tiada
sedikitpun kemungkinan yang menunjukkan keatas makna lain.
·
Dzannie
: Nas yang menunjukkan keatas satu makna yang difahami maknanya tetapi
berkemunkinan jua menunjukkan kepada satu makna yang lain. Contohnya ialah :
Setiap nas yang am, nas yang mutlaq dan lafaz yang musytrak.
Dari
sudut kandungan makna
Dari
sudut ini, lafaz Al-Quran terbahagi kepada dua jenis
·
Lafaz
yang am : Lafaz yang menunjukkan ke atas sesuatu yang merangkumi seluruh
kandungan yang tidak terbatas. Jenis ini terbahagi pula kepada tiga :
o Am yang
memang dimaksudkan
o Am yang
dikehendaki pengkhususannya
o Am yang
dikhususkan
·
Lafaz
yang khas : Lafaz yang menunjukkan ke atas satu atau lebih tetapi terhad. Jenis
ini terbahagi kepada empat kumpulan :
o Mutlaq :
Yang menunjukkan ke atas satu tertentu tanpa pembatasan secara lafaz.
o Muqaiyad :
Yang menunjukkan keatas satu yang tertentu dengan pembatasan secara lafaz.
o Amar :
Suruhan agar melakukan sesuatu yang tertentu.
o Nahy :
Larangan dari melakukan sesuatu yang tertentu.
Pengertian
dan pembahagian As Sunnatun Nabawiyah
As
Sunnatun Nabawiyah ialah setiap perkataan dan pengakuan yang lahir daripada
Rasulullah S.A. W ianya terbahagi kepada tiga:
- Sunnah Qauliyah @ Hadith
- Sunnah Fi'liyah dan
- Sunnah Taqririah (pengakuan)
Perjenisan
Sunnah Qualiyah
Ianya
terbahagi kepada tiga :
- Mutawir : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh sekumpulan ramai yang tidak diragui tentang kebenaran, kejujuran dan keluruhan peribadi mereka. Dan diriwayatkan pula dari mereka ini oleh sekumpulan ramai yang lain yang keadaan mereka jua sama dengan keadaan kumpulan ramai yang pertama. Kemudian diriwayatkan pula dari kumpulan ramai yang akhir ini oleh sekumpulan yang ramai yang lain yang mempunyai keadaan sama.
- Masyur : Yang diriwayatkan dari rasulullah oleh seorang atau dua orang atau kumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka oleh sekumpulan yang ramai yang diriwayatkan pula dari kumpulan ini oleh sekumpulan yang lain.
- Aahad : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh seorang atau dua orang atau sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka ini oleh sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka ini oleh kumpulan yang ramai atau seorang yang tidak ramai atau seorang atau dua orang dan begitu seterusnya.
Dari
segi sanad jua disebutkan hadith hadith yang tertarap :
- Soheh
- Hasan
- Dho'if
- Mauquf
- Mutashil
- Maqthu'
- Mursal
- Mu'Adhdhal
Penjenisan
ini adalah berdasarkan kepada sudut tertentu yang perbahasanya ada didalam ilmu
musthalahul hadith.
Pembahagian
dan penjenisan Sunnah Fi'liyah
Sunnah
Fi'liyah terbahagi dua bahagian. Iaitu:
- Perbuatan melakukan sesuatu
- Perbuatan tidak melakukan sesuatu
Perbuatan
melakukan sesuatu ada tiga jenis
- Jenis Tabi'iy : Hukum perbuatan ini adal;ah harus. Tetapi sesetengah setengah perbuatan itu adalah sumber hukum.
- Jenis kekhususan : Setengah dari perbuatan jenis ini menjadi sumber hukum.
- Jenis Tasyri' : Kesemua perbuatan ini adalah menjadi sumber hukum.
Perbuatan
tidak melakukan sesuatu ada dua jenis:
- Semata-mat tidak melakukan. Samada :
- Ada dorongan untuk dilakukan, tetapi baginda tidak melakukan, atau
- Tiada dorongan untuk melakukannya semasa hayat baginda, tetapi ada dorongan selepas baginda wafat.
- Tidak melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab atau sesuatu halangan tertentu. Samada :
- Khas bagi Rasulullah S.A.W sahaja
- Tabi'iy baginda, atau
- Pertimbagan tertentu.
Pembahgian
Sunnah Taqririyah
Sunnah
Taqririyah terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
- Mengiakan sesuatu perkataan
- Mangiakan sesuatu perbuatan, dan
- Mendiamkan diri mengenai sesuatu.
Pengumpulan
dan pembukaan Hadith
Semasa
hayat Rasulullah S.A.W, baginda melarang penulisan hadith-hadith kerana dikhuatiri
bercampur dengan ayat ayat Al-Quran yang masih dalam proses penurunannya. Oleh
itu, apa yang disabdakan oleh baginda, hanya dihafal dan diingati dikepala
sahaja.
Tetapi
setelah baginda wafat, maka keperluan untuk mengumpulkan dan membukukan
hadith-hadith amatlah mendesak. Diantara sebab-sebabnya ialah :
- Ayat ayat Al-Quran telah sempurna diturunkan. Maka wahyu tidak akan diturunkan lagi buat selama-lamanya.
- Rasulullah S.A.Wsebagai tempat rujuk hukum telah pun wafat.
- Hadith-hadith baginda sendiri adalah sumber kedua ajaran dan hukum hukum Islam.
- Berlaku gerakan mencipta palsukan Hadith hadith oleh golongan jahat, terutamanya oleh orang orang Yahudi.
Oleh
yang demikian, 'Umar bin Abd Aziz selaku ketua negara dan umat Islam (99-111H @
717-720 M), telah mengarahkan gabenornya di Madinah, iaitu Abu Bkar 'Umru B.
Hazam supaya menulis hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Tetapi setelah beliau
menulis beberapa buku hadith dan belum sempat menyerahkannya kepada baginda,
Khalifah Umar B. Abdul Aziz telah wafat.
Dari
semenjak itulah muncul pengumpul-pengumpul hadith, seperti :
- Ibnu Juraij di Mekah (wafat 772M)
- Muhammad B. Ishaq di Madinah (wafat 773M)
- Malik B. Anas di Madinah (wafat 179M)
- Rabi' B. Shubaih di Basrah (wafat 728M)
- Sa'id B. Abi Urubah di Basrah (wafat 778M)
- Himad B. Salamah di Basrah (wafat 798M)
- Sufyan Ats-Tsauri di Kufah (wafat 798M)
- Abu Umru Abdur Rahman B. Umru Asy-Syami yang lebih dikenali sebagai Iman Az-Auza'iy di Syam (88-157H)
- Qasim Abi Bakar (wafat 740M)
- Muhammad B. MuslimAz-Zuhri (wafat 746M)
Pada
peringkat awal pengumpulan hadith ini, masih bercampur dengan fatwa-fatwa
sahabat. Oleh itu, tampillah penulis yang menulis hadith dari riwayat-riwayat
atau musanid, iaitu:
- Abdullah B. Musa Al-Abasiy di Kufah
- Musaddad B. Musarhad di Basrah
- Naim B. Hamad Al-Khuza'iy di Mesir
- Ahmad B. Hambal.
Penulisan
dari segi masaniq ini ialah dengan meletakkan hadith-hadith yang diriwayatkan
oleh tiap-tiap sahabat secara berasingan tanpa menurut bahagian-bahagian
tertentu.
Kitab
kitab Hadith Shoheh
Diantara
kitab kitab hadith yang ditulis, ada enam buah yang paling terkenal dikalangan
semua ulamak, yang disebut olehumat Islam Sunan Sittah. Iaitu:
- Shoheh Bukhari : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B. Ismail Al-Bukhari Al- Jusfi @ Iman Bukhari (wafat256H)
- Shoheh Muslim : Ditulis oleh Muslim B. Al - Hajjaj Al- Qusyariy An-Nisaburi @ Iman Muslim (wafat 261H)
- Sunan Abi Daud : Ditulis oleh Abu Daud Sulaiman B. Al-Asy'Ats As-Sajastaniy (wafat 275H)
- Sunan Tarmizi ; Ditulis oleh Abu Isa Muhammad B. Isa As-Salami At- Tarmizi (wafat 279H)
- Sunan Ibni Majah : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B. Yazid Al- Qazawain @ Ibni Majah (wafat 273H)
- Sunan Nasaiy : Ditulis oleh Abu Abdir Rahman Ahmad B. Syunil An-Nasaiy ( wafat 303 H)
Selain
daripada mereka yang tersebut diatas tadi, ada banyak lagi ahli-ahli yang
terkenal juga dikalangan Ulamak Islam. Antaranya :
- Ibnu Hibban : Iaitu Muhammad B. Hibba Al-Bastiy
- Dar Qathiy : Iaitu Abul - Hasan Ali B. Umar.
- Al-Haakim : Iaitu Muhammad B. Abdillah Na'im Adh - Dhabi An- Nisaburiy.
Hadith
Qudsi
Hadith
ialah yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W.mengenai sesuatu dari Allah
S.W.T. Ianya diilhamkan kepada baginda semasa tidur atau ketika jaga secara
makna sahaja, sedangkan lafaz disusun sendiri oleh rasulullah S.A.W dan bukan
mukjizat.
Hadith
Qudsi ini mengenai sesuatu yang biasanya menyentuh perasaan perasaan manusia,
galakan galakan agar berakhlak mulia, bersifat dengan sifat sifat utama lagi
terpuji, rindukan Allah S.W.T dan takutkan azabnya yang amat dasyat.
Maksud
dan Dalil Ijma'
Ijma'
ialah suatu persefakatan para mujtahidin umat Muhammad S.A.W didalam suatu masa
tertentu selepas kewafatan baginda mengenai sesuatu hukum syarak.
Diantara
dalil-dalil sumber ini ialah :
- "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya ), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (baginda) dan lebih baik akibatnya "- maksud An-Nisa' :59
Ayat
diatas menunjukkan, jika berlainan pendapat maka hendaklah kembali pada
Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi jika berlainan pendapat, maka bererti Ijma'.
- "Umat takkan bersefakat dalam yang salah" Dan "Ummatku takkan bersefakat dalam kesesatan ". - maksud Al-Hadith.
Ketentuan
Ijma'
Dari
pengertian Ijma' diatas, dapatlah kita fahamkan bahawa ketentuannya ialah :
- Ijma' Mestilah persefakatan semua mujtahidin semasa.
- Persefakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan para mujtahidin sahaja.
- Umat Muhammad S.A.W. yang dimaksudkan ialah mukmin, muslim dan mukallaf.
- Persefakatan yang dimaksudkan ialah yang mengenai hukum-hukum syara' dan bukannya hukum-hukum hissiyat dan aqliyat atau seumpamanya.
- Persefakatan mujtahidin itu mestilah berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Mazhab
Sahabat
Mazhab
sahabat ialah perkataan atau perbuatan seseorang yang sempat bertemu dengan
Rasulullah S.A.W sedangkan ia beriman dan mati didalam Islam yang tidak
bertentangan dengan maksud syara'.
Dalil
dalil Dari Sumber ini.
Diantara
dalil dalil mengenai mazhab sahabat Rasulullah S.A.W sebagai sumber hukum ialah
:
- "Sebaik - baik kurun yang aku didalamnya"
- "Sahabat sahabat ku adalah laksana bintang bintang. Apa jua yang engkau ikutinya nescaya mendapat petunjuk."
- "Hendaklah engkau ikut Sunnahku dan Sunnah Khulafa-Ur-Rasyidin selepasku"
Maksud-maksud Hadith
Maksud
Istishhab
Istishhab
ialah menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini atau masa
akan datang, berdasarkan kepada ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa yang
lalu, kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa sesuatu itu telah berubah
keadaan.
Dalil-dalil
sumber ini
Diantara
dalil dalil yang menujukkan Istishhab sebagai sumber sumber hukum ialah :-
"Sesuatu
yang telah ada atau telah tiada pada masa yang lalu dan tiasa nyata
perubahannya pada masa kini, adalah sesuatu yang didzankan. Sedangkan sesuatu
yang didzankan itu wajib diamalkan. Sekiranya tiada, berlakulah tiga perkara
yang pasti batal dan tidak boleh diterima, iaitu:
·
tiada
hukum hukum yang disabit dizaman Rasulullah S.A.W itu tersabit dizaman kita
ini, kerana mungkin telah dinasakkan.
·
tiadalah
apa apa mukjizat pun, kerana mukjizat itu adalah sesuatu yang luar biasa yang
mesti diyakini berkekalan, dan
·
samalah
syak alaq dan syak nikah keduanya tiada dzan.
Maksud
dan bahagian zara-i'
Zara-i'
ialah apa jua boleh menyampaikan kepada sesuatu yang baik atau sesuatu yang
buruk. Ianya terbahagi kepada :
- Sadduz- zara-i' : menghindarkan daripada berlaku keburukan
- Fathuz-zara-i' : menggunakan cara yang baik untuk kebaikan
Dalil
dalil sumber ini.
Diantara
dalil dalil mengenai az-zara-i' sebagai sumber hukum ialah
- "Tinggalkan sesuatu yang meragukan kamu kepada sesuatu yang lain yang tidak meragukan"
- Rasulullah S.A.W menceritakan cara seseorang menlaknat orang tuanya sendiri, iaitu :
"Ia
memaki bapa orang lain pada mulanya, kemudian orang itu memaki bapa orang tadi,
dan ia memaki ibu orang lain, kemudian orang itu memaki ibu orang tadi "-
maksud Hadith.
Jenis
jenis Ijma'
Ada
dua jenis Ijma' sebagai sumber hukum, iaitu :
- Ijma' Nuthqi @ Shoreh : persefakatan yang berbetuk pernyataan yang jelas dengan perkataan atau dengan perbuatan atau kedua-duanya sekali oleh para mujtahidin.
- Ijma' Sukuti : Persefakatan yang terbentuk pernyataan dari sebahagian mujtahidin sahaja, sedangkan sebahagian yang lain tidak membantah pernyataan tersebut setelah mengkajinya dengan teliti.
Maksud
dan Rukun Qiyas
Qiyas
ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana
persamaan kedua-duanya dari segi 'illah.
Rukun
Qiyas ada empat, iaitu:
- Sesuatu yang tertentu / telah tertentu (asal)
- hukum sesuatu yang telah tertentu.
- 'llah
- sesuatu yabg lain (far')
Dalil
mengenai Qiyas
Diantara
dalil-dalil mengenai sumber ini ialah :
- "Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan"-maksud Al-Hasyr :2
- perbuatan Rasulullah S.A.W. dengan hutang kepada manusia.
Bahagian
Qiyas
Ada
dua bahagian Qiyas, iaitu :
- Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
- Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)
Jenis-jenis
Qiyas
Qiyas
ada tiga jenis, iaitu:
- Qiyas Aula (utama)
- Qiyas Musawi ( yang amat ketara)
- Qiyas Adna (rendah)
Pengertian
Istihsan
Diantara
dalil - dalil mengenai Istihsan. Istihsan ialah menterjemahkan Qiyas Khafi yang
sukar difahami atau mengecualikan masalah juziyah daripada Qaidah 'ammah,
berdasarkan kepada dalil tertentu serta kejelasan atau kekuatan kebaikannya.
Dalil
Istihsan
Diantara
dalil dalil Istihsan sebagai sumber hukum ialah :
- "Iaitu orang orang yang mendengarkan kata, maka diturutinyalah mana yang baik (paling baik). Merekalah orang orang yang dipimpinlah oleh Allah, dan merekalah orang orang yang mengerti "-Az-Zumar: 18.
- "Apa yang dipandang oleh orang orang Islam itu baik, maka ianya baik juga disisi Allah"
Jenis
dan contoh Istihsan
Istihsan
terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya;
- Istihsan dengan Al-Quran ; seperti harusnya berwasiat.
- Istihsan dengan Hadith : seperti sahnya puasa bagi yang makan secara terlupa.
- Istihsan dengan 'Urf : seperti sah akad menyewa bilik mandi untuk mandi
- Istihsan dengan darurat : seperti sah membersihkan telaga daripada najis dan membuang airnya sahaja.
- Istihsan dengan Maslahat : seperti sah wasiat. mahjur'alaihi kerana bodah untuk kebaikan umum.
Syarat
syarat mengamalkannya
Masoleh
Mu'tabarah adalah menjadi sumber hukum, dan Masoleh Mulghah bukanlah sumber
hukum. Manakala Masoleh Mursalah pula, ianya menjadi sumber hukum setelah
memenuhi pensyarakan yang berikut:
- Maslahat Mursalah itu tidak bertentangan dengan maksud syara'.
- Maslahat Mursalah itu diterima oleh akal - akal yang matang dan yakin.
- Maslahat Mursalah itu menyeluruh untuk kesemua atau kelayakan manusia.
Kewujudan
Masoleh Mursalah
Masoleh
Mursalah tidak wujud didalam semua jenis perlakuan atau kepentingan
manusia.Oleh itu, hukum-hukum ta'abbudiy tidak terbabit dengan permasalahan
Masoleh ini.
Dalil
dalil Masoleh Mursalah
Diantara
dalil dalil mengenai sumber ini ialah:
- Hukum hukum yang disyariatkan melalui Al-Quran dan As Sunnah adalah untuk manusia.
- Ijtihad para sahabat Rasulullah S.A.W khususnya Khualafa-Ir- Rasyidin adalah kesemuanya untuk kemaslahatan. Seperti Ijitihad Abu Bakar r.a. mengumpulkan Al-Quran, dan Ijtihad Umar B. Al-Khattab r.a menentukan Kharaj dan 'Usyur.
- Maksud Uruf ('Urf)
- 'Urf ialah sesuatu yang dibiasai oleh manusia, samada betbentuk perbuatan atau perkataan.
Pembahagian
'Urf
'Urf
terbahagi kepada beberapa bahagian yang dipandang dari sudut sudut berikut :
- Dari sudut kuatkuasanya : 'Urf terbahagi kepada :
o 'Uruf am
yang menyeluruh
o 'Uruf khas
yang tidak menyeluruh.
- Dari sudut kebenarannya : Uruf terbahagi kepada:
o Uruf
Shoheh : iaitu kebiasaannya yang tidak nyata mengharamkan yang halal atau
menghalalkan yang haram.
o Uruf Fasid
: Kebiasaan yang nyata mengharamkan yang haram atau kebiasaannya yang nyata
tertentu dengan ajaran ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Dalil
dalil dari sumber ini
Diantara
dalil dali mengenai sebahagian Uruf sebagai sumber hukum ialah :
- "Hendaklah kamu pemaaf menyuruh agar mengerjakan yang baik, dan tinggalkan mereka yang jahil itu "
Al-
A'raf:199
- "Apa yang dipandang oleh orang orang Islam itu baik, maka ianya juga baik disisi Allah , dan dipandang oleh mereka itu buruk, maka ianya buruk juga disis Allah "
Maksud
Hadith
Uruf
yang menjadi sumber
Uruf
yang menjadi sumber hukum ialah Uruf Am yang shoheh dizaman Rasulullah S.A.W
dan zaman zaman selepasnya yang tidak bertentangan dengan maksud dan kaidah
syari'iyah, seperti:
- Uruf aqad Istishna'
- Uruf Jual Mubatha.
Syariat
yang terdahulu
Hukum
hukum yang terkandung didalam syariat syariat bagi nabi nabi atau rasul rasul
a.s yang terdahulu terbahagi kepada :
- Hukum hukum yang tidak di Naskan oleh syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang di Naskah oleh syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang tidak disebut didalam syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang disebutkan sama dengan hukum hukum didalam syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang disebut didalam syariat Muhammad S.A.W. tetapi tidak dinyatakan samada dinaskan atau tidak dinaskan.
Dalil
dalil mengenai sumber ini.
Diantara
dalil dalil mengenai syariat yang terdahulu itu sebagai sumber hukum ialah :
- Syariat yang terdahulu adalah syariat Allah S.W.T dan tidak ada bukti tentang penasakhnya yang menyeluruh.
- Ulamak Islam mengambil dalil juga wujud tentang wajib daripada ayat yang menceritakan tentang syariat Musar.a.
- Perkataan Rasulullah S.A.W merujuk didalam Taurat ketika hendak menghukum rejam keatas Yahudi yang bersalah kerana berzinaan.
Mazhab
Hambali
Iman
Ahmad B. Hanbal dilahirkan di Baghdad. Ada juga riwayat yang menyatakan di
Maru, Farsi. Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Ahmad B. Muhammad B. Hanbal B.
Hilal B. Asad b.Idris B. Abdillah B. Yayyan B. 'Abdillah B. Anas B. 'Auf B.
Qasith B. Mazin B. Shaiban. Tarikh kelahirannya ialah dalam bulan Rabi'ul
Awwal, 164 H. Ibunya Sofiyah Bt. Maimunah Bt. 'Abdil Malik Ash Shaibani.
Beliau
pernah diikatkan dengan rantai kemudian diseret daripada Kota Baghdad hingga ke
Tharthus dan dipenjarakan disana selama 28 bulan.Didalam penjara itulah beliau
dipukul oleh kakitangan Khalifah Al Makmum kerana tidak mahu memperkatakan
sesuatu yang bertentangan dengan fahamannya sendiri.
Disebabkan
kemiskinan, beliau pernah bekerja sebagai tukang jahit, juru tulis dan pembawa
barang. Semasa hayatnya Iman Ibnu Hanbal sempat menunaikan fardhu haji sebanyak
lima kali. Tiga daripadanya dengan berjalan kaki sahaja, dan pernah tersesat
jalan.
Mahaguru
mahaguru Iman Ibnu Hanbal
Diantara
guru guru beliau ialah :
- Abu Yusof Ya'Aqub B. Ibrahim
- Hushain B. Bashir B. Abi Hazim Al Wasithi.
- 'Umair B. ' Abdillah B. Khalid.
- Iman Syafi'i
- sufyan B. 'Uyainah.
Kuliah
yang disampaikan
Ada
dua jenis kursus yang beliau sampaikan, iaitu :
- Kursus secara umum yang disampaikan selepas 'Asar di Masjid Jami' Baghdad dan
- Kursusu secara khusus dirumahnya sendiri.
Diantara
penuntut beliau ialah:
- Yahaya B. Adam
- Iman Bukhari
- Iman muslim
- Iman Abu Daud.
Didalam
sejarah juga ada menyatakan, bahaw penutut penutut yang menghadiri kursus umum
beliau kira kira 5,000 orang pada satu satu masa.
Sumber
Perundangan Mazhab
Sumber
perundangan mazhab Hanbali ialah:
- AlQuranul Karim
- As Sunnatun Nabawiyah
- Perkataan perkataan & Fatwa fatwa sahabat Rasulullah S.A.W.
- Al-Qiyas
- Al Masoleh Al Mursalah
- Al-Ijma'
- Az Zarail.
Kewafatannya
Iman
Ibnu Hanbil wafat diwaktu Dhuha hariJumaat 12 Rabi'Ul Awwal, 241 H. Orang yang
memandikan jenazah beliau ialah Abu Bakar Ahmad B. Muhammad B. Al Hajjaj Al
Maruzi. Dan dikebumikan di Baghdad.
Permasalahan
Taqlid
Taqlid
ialah berpegang kepada orang lain didalam sesuatu hukum sebagai dalil. Taqlid
boleh berlaku didalam tiga bentuk:
- Orang awam bertaqlid kepada orang alim
- Orang awam bertaqlid kepada kepada orang awam yang lain, dan
- Orang alim bertaqlid kepada kepada orang alim yang lain.
Permasalahan
Bid'ah
Bida'ah
ialah sesuatu ciptaan yang ada bandingan (tidak menyerupai ) dengan yang
sebelumnya. Ianya terbahagi kepada dua :
- Bida'ah Hasanah : Sesuatu ciptaan yang tidak yang baik kerana ianya tidak bertentangan dengan ajaran ajaran yang terkandung didalam Al Quran dan As Sunnah. Bida'ah ini disebut juga sebagai Syar (jahat), Dhalal (sesat), Qabihah (buruk) dan Mazmumah (dikeji).
Dalil
mengenai pembahagian Bida'ah
SabdaRasulullah
S.A.W. yang bermaksud :
"Sesiapa
yang mencipta sunnah yang baik, adalah baginya pahalanya sendiri dan pahala
yang mengamalkan sunnah itu "
Dan
sabda baginda lagi:
"Sesiapa
yang mencipta sunnah yang buruk, adalah baginya dosanya sendiri dan dosa yang
mengamalkan sunnah itu."
Dari
sabda Rasulullah S.A.W tadi dapat difahami, bahawa perkataan "SUNNAH"
itu bukanlah bererti SUNNAH Rasulullah S.A.W. tidak ada sunnah yang buruk.